Samsung Ingin Menamatkan Pengeluaran TV Plasma Pada Tahun Ini

Samsung Ingin Menamatkan Pengeluaran TV Plasma Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada July 3, 2014 oleh .

Panasonic pada tahun lepas telah mengatakan mereka akan menamatkan pengeluaran TV Plasma mereka, dan kini ia dilihat pihak Samsung turut mengikut jejak, dan bakal menamatkan perniagaan TV Plasma mereka pada penghujung tahun ini.

Samsung dilihat mengambil langkah ini disebabkan oleh berkurangnya permintaan untuk televisyen dengan panel Plasma daripada pengguna. Samsung dilihat akan memfokuskan kepada beberapa perkara lain, termasuk TV UHD dan juga TV melengkung mereka yang diperkenalkan baru-baru ini. Disamping itu, pihak Samsung juga dilihat akan memfokuskan kepada panel yang menjimatkan pengunaan tenaga.

Walaupun pengeluarannya akan ditamatkan pada penghujung tahun ini, televisyen Plasma sedia ada akan terus dijual oleh pihak Samsung dipasaran – mungkin sehingga suatu tarikh kelak.


TIPS & ULASAN