Aplikasi Kalendar Popular – Sunrise Hadir Untuk Mac OS X

Aplikasi Kalendar Popular – Sunrise Hadir Untuk Mac OS X

Diterbitkan pada July 4, 2014 oleh .

Setelah memperkenalkan aplikasi kalendar di platform iOS dan Android, kini pembangunnya terus memperluaskan sokongan platform untuk aplikasi mereka, dan hari ini mereka secara rasminya telah memperkenalkan aplikasi mereka untuk pengguna Mac OS X.

Sunrise Mac

Sunrise merupakan salah satu aplikasi kalendar yang hadir dengan sokongan sync ke Google Calendar, sekaligus memudahkan pengurusan kalendar harian anda. Seperti biasa, ia mengekalkan rekaan minimalis dan mudah digunakan, dan turut dioptimasikan untuk digunakan pada komputer OS X anda.

Bagi anda yang menggunakan Mac OS X, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Mac App Store hari ini, dan menguruskan kalendar harian anda dengan lebih efektif lagi menggunakannya.

Muat-Turun Sunrise untuk Mac


TIPS & ULASAN