HummingBoard Hadir Sebagai Salah Satu Alternatif Untuk Raspberry Pi

HummingBoard Hadir Sebagai Salah Satu Alternatif Untuk Raspberry Pi

Diterbitkan pada July 4, 2014 oleh .

Raspberry Pi boleh dikatakan merupakan salah satu komputer bersaiz mini yang digunakan dengan meluas di seluruh dunia, dan popular dalam pelbagai projek-projek pembangunan DIY oleh pengguna. Terkini, menyertai arena mini-PC juga adalah HummingBoard.

HummingBoard

HummingBoard membawakan komputer berasaskan platform ARM – menyerupai Raspberry Pi tetapi membawakan lebih kuasa pemprosesan. Model asas HummingBoard membawakan cip pemprosesan 1GHz ARMv7, 512MB RAM, 10/100 Ethernet, slot mikro-SD, HDMI, USB 2.0, dan beberapa yang lain. Ia ditawarkan dalam dua lagi pilihan model lain yang mana membawakan kuasa pemprosesan lebih tinggi dengan beberapa input tambahan.

Dari segi saiz, HummingBoard membawakan saiz lebih kurang sama dengan Raspberry Pi, dan turut boleh menjalankan pelbagai sistem operasi, termasuk Android, Ubuntu, dan sebagainya.

Buat masa ini, ia ditawarkan melalui laman SolidRun sahaja, dan mungkin kita akan dapat melihat ia ditawarkan melalui pelbagai pilihan lain dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN