Amanz x Ramadhan 4 – Menangi Samsung Level Box

Amanz x Ramadhan 4 – Menangi Samsung Level Box

Diterbitkan pada July 4, 2014 oleh .

Sempena bulan puasa ini, kami menyediakan beberapa hadiah untuk dimenangi oleh para pembaca dengan mudah, dan untuk hari ini, Samsung menaja sebuah lagi produk dibawah keluarga LEVEL mereka, iaitu Samsung LEVEL Box.

Samsung LEVEL Box

Samsung LEVEL Box merupakan speaker tanpa-wayar daripada pihak Samsung, yang mana turut hadir dengan ciri-ciri premium memfokuskan kepada audio. Ia turut hadir dengan sokongan NFC untuk menghubungkan speaker tersebut ke peranti mudah-alih anda, disamping turut hadir dengan sokongan panggilan persidangan (conference call).

LEVEL Box ini turut hadir dengan sokongan input AUX dan boleh dihubugnkan kepada peranti audio dengan outpot 3.5mm. Disamping itu, peranti ini turut menyertakan sokongan bateri terbina yang boleh digunakan sehingga 15 jam apabila dicaj sepenuhnya, sekaligus sesuai untuk dibawa kemana-mana tanpa masalah. Di Malaysia, Samsung LEVEL Box dijual pada harga RM659.

Untuk giveaway kali ini, kami mempunyai satu set Samsung LEVEL Box, dan dua baju-T Amanz bersaiz XL. Seperti biasa, pengguna hanya perlu meninggalkan komen slogan ringkas, melengkapkan, “Saya ingin memenangi Samsung LEVEL Box kerana…”, dan pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan slogan yang menarik.

Seperti beberapa giveaway lepas, giveaway ini turut dibuka kepada semua yang mempunyai alamat di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen. Penerimaan komen akan ditamatkan pada pukul 6 petang (5 Julai).

Kemaskini 11 Julai 2014: Pemenang adalah:

  • Pemenang Utama: Naqiuddin
  • Pemenang saguhati: Encik Kacak, Azizi
  • Pemenang akan dihubungi melalui emel :)


TIPS & ULASAN