Inky Untuk iOS – Satu Lagi Klien Dalam Memudahkan Pengurusan Emel

Inky Untuk iOS – Satu Lagi Klien Dalam Memudahkan Pengurusan Emel

Diterbitkan pada July 5, 2014 oleh .

Terdapat beberapa klien emel untuk para pengguna iOS, dan salah satu klien popular pada Windows – Inky dilihat turut menawarkan klien mereka secara percuma untuk pengguna iPhone dan juga iPad.

Bagi anda yang sedia menggunakan versi Windows untuk Inky, salah satu perkara yang mungkin anda perasan adalah ia membawakan antaramuka yang hampir selari, sekaligus memudahkan anda memahami penggunaan klien berkenaan.

Inky iOS

Inky menyokong kebanyakkan akaun emel popular, termasuk antaranya adalah GMail, Yahoo! Mail, Outlook, POP dan juga IMAP. Setiap akaun yang ditambah diuruskan dengan baik melalui fungsi yang dipanggil Inky sebagai Smart Views. Ia juga turut hadir dengan beberapa sokongan popular seperti untuk filter, grouping dan sebagainya.

Untuk versi iOS, pihak pembangunnya turut mengatakan akan hadir dengan sokongan Exchange tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat dan ingin mencuba suatu klien emel baru pada peranti mudah-alih anda, mungkin boleh memuat-turun Inky secara percuma hari ini, dan menggunakannya dalam menguruskan emel anda dengan lebih efektif lagi.

Muat-Turun Inky untuk iPhone dan iPad


TIPS & ULASAN