Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan anda kemudahan untuk menguruskan bookmark, dan salah satu perkhidmatan baru yang ditemui kami adalah Unmark.

Unmark

Unmark merupakan perkhidmatan bookmark atau penanda laman daripada pihak ketiga yang berfungsi pada pelayar web Chrome dan juga Firefox. Ia menggunakan pelayan Unmark sendiri, sekaligus membolehkan pengguna mengakses pelbagai bookmark yang disimpan menggunakan sebarang komputer.

Menggunakan Unmark, salah satu perkara yang ingin dimudahkan olehnya adalah untuk memudahkan anda membaca dan mengikuti bookmark yang disimpan anda. Ketika menambah sesuatu bookmark, ia akan meminta anda untuk mengkategorikan mengikut apa yang sesuai, seperti “Listen”, “Watch”, “Read” dan sebagainya.

Unmark

Dengannya, apabila anda melihat bookmark anda ketika masa lapang, maka anda dengan mudah boleh meluangkan masa yang sesuai sama ada untuk menonton video, mendengar audio, membaca, membuat pembelian dan sebagainya. Setelah selesainya, anda boleh mengarkibkan ia untuk dirujuk pada masa akan datang, sekaligus membuangnya daripada senarai utama yang disimpan.

Apa pun, Unmark merupakan perkhidmatan berbayar, dan untuk versi percuma ia hanya membenarkan anda menyimpan sehingga 10 bookmark sehari dan secara jumlah sehingga 50 bookmark sahaja.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Unmark untuk Chrome dan Firefox, dan mencubanya dalam menguruskan bookmark anda di pelayar web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd