Cari @ Amanz

Ingatkah lagi permainan Keep Fishin yang telah diperkenalkan ke platform Android pada tahun lepas? Kini, selepas hampir setahun, permainan tersebut diperkenalkan secara rasminya untuk pengguna iOS.

Melalui permainan Keep Fishin, pengguna akan mengawal seekor kucing yang memandu bot laju, dan pada masa yang sama perlu mengumpulkan ikan, burung, dan juga markah. Ketika melakukan misi mengumpulkan kesemuanya, pemain perlu turut mengelak daripada beberapa halangan yang hadir pada permainan berkenaan.

Permainan ini dilengkapi dengan beberapa tahap permainan, dan pengguna turut boleh menaik-taraf watak kucing mereka dengan beberapa perkara menarik.

Bagi anda yang inginkan sebuah permainan kasual, mungkin boleh memuat-turun permainan Keep Fishin ini hari ini, dan mencuba sendiri salah satu permainan yang dibangunkan oleh pembangun tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd