MailTrack Membolehkan Anda Mengetahui Apabila Emel Yang Dihantar Anda Dibaca Oleh Penerima

MailTrack Membolehkan Anda Mengetahui Apabila Emel Yang Dihantar Anda Dibaca Oleh Penerima

Diterbitkan pada July 6, 2014 oleh .

Pada aplikasi permesejan, biasanya anda boleh melihat sekiranya mesej anda telah dibaca atau dibuka oleh penerima. Bagaimana sekiranya fungsi yang sama dibawakan kepada perkhidmatan GMail untuk penerimaan emel?

MailTrack menawarkan sokongan tersebut, dimana pengguna boleh memasang pemalam MailTrack pada pelayar web Chrome anda, dan seterusnya mengetahui apabila emel yang dihantar anda telah dibaca oleh penerima.

MailTrack

Untuk menjayakan perkara ini, MailTrack menambah sebuah imej bersaiz kecil pada warna lutsinar bersama-sama emel yang dihantar menggunakan GMail, dan apabila gambar tersebut dimuatkan, maka ia akan memperlihatkan mesej tersebut sebagai telah dibaca.

Apa pun, boleh dikatakan juga perkara ini mempunyai beberapa kelemahan, dimana salah satunya adalah sekiranya penerima menggunakan klien emel yang menghalang imej daripada dimuatkan ketika dibaca.

MailTrack juga menambah signature pada setiap emel yang dihantar, dan pengguna yang tidak menyukainya boleh membuangnya daripada halaman tetapan MailTrack.

Muat-Turun MailTrack untuk Chrome


TIPS & ULASAN