Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lepas, pihak Samsung telah memperkenalkan Galaxy Core 2 secara rasminya. Kini, selang beberapa hari selepasnya, beberapa pengedar tempatan telah mula menjual telefon pintar tersebut, dimana ia membawakan tanda harga RM599 dan ditujukan bersempena dengan musim Raya yang menjelang tiba.

Samsung Galaxy Core 2

Samsung Galaxy Core 2 hadir dengan skrin bersaiz 4.5-inci dengan resolusi 800×480 pixel, cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, memori sebanyak 768MB RAM, kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan VGA.

Telefon pintar ini hadir dengan Android 4.4 KitKat dan turut menggunakan antaramuka khusus daripada Samsung, iaitu TouchWiz. Disamping itu, peranti ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM, membolehkan anda menggunakan dua talian telefon padanya.

Samsung Galaxy Core 2

Jadi, pada harga RM599, adakah Samsung Galaxy Core 2 ini berbaloi untuk dimiliki?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd