My Incredible Body – Aplikasi Interaktif Untuk Mengajar Anak Anda Mengenai Anatomi Tubuh Manusia

My Incredible Body – Aplikasi Interaktif Untuk Mengajar Anak Anda Mengenai Anatomi Tubuh Manusia

Diterbitkan pada July 7, 2014 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang memfokuskan kepada pembelajaran, dan salah satu aplikasi baru yang ditemui kami baru-baru ini adalah My Incredible Body. Seperti pada nama aplikasi, ia memfokuskan kepada pembelajaran mengenai tubuh badan dan anatomi manusia.

My Incredible Body

My Incredible Body

My Incredible Body hadir dalam paparan 3D, dan hadir dalam bentuk interaktif membolehkan pengguna berinteraksi pada aplikasi berkenaan. Setiap bahagian anatomi mempunyai penerangan yang mudah difahami dan disesuaikan untuk pengguna kanak-kanak.

Memandangkan ia dilengkapi dengan pelbagai animasi dan grafik, maka aplikasi ini bersaiz sedikit besar. Versi Android bersaiz sekitar 346MB, manakal versi iOS pula bersaiz sekitar 100MB.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi My Incredible Body ini secara percuma daripada Google Play Store dan juga Apple AppStore hari ini.

Muat-Turun My Incredible Body untuk Android

Muat-Turun My Incredible Body untuk iOS


TIPS & ULASAN