Elak Budaya “Kaw Tim”
Dalam usaha untuk mengurangkan penyelewangan dalam memperoleh lesen memandu, bermula April 2015 kelak, JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) akan menggunakan sokongan teknologi dalam mengawal-selia ujian untuk mendapatkan lesen memandu.
Sistem untuknya kini dalam proses pembangunan, dan dikatakan akan menambah-baik sistem ujian yang digunakan sekarang. Dengan mengimplementasikannya kelak, seseorang pegawai JPJ hanya akan memainkan peranan sehingga 40% sahaja untuk menentukan seseorang yang mengambil ujian memandu itu lulus atau gagal. Sementara selebihnya sebanyak 60% akan diselia menggunakan sistem ICT tersebut.
Buat masa ini, pihak JPJ menggunakan ujian komputer untuk bahagian ujian undang-undang sahaja, sementara untuk ujian mendaki bukit, memparkir, serta memandu di jalan raya, ia bergantung sepenuhnya kepada pegawai JPJ.