TripAdvisor Menambah Sokongan “Offline” Pada Aplikasi Android Dan iOS

TripAdvisor Menambah Sokongan “Offline” Pada Aplikasi Android Dan iOS

Diterbitkan pada July 7, 2014 oleh .

TripAdvisor merupakan salah satu aplikasi yang menjadi tempat rujukan ramai pengembara dan pelancong untuk mendapatkan info mengenai sesuatu lokasi. Terkini, pembangunnya telah mengemaskini aplikasi mereka untuk iOS dan juga Android dengan sokongan penggunaan secara offline.

Melalui sokongan offline ini, ia membolehkan pengguna memuat-turun data berkaitan sesuatu lokasi terlebih dahulu ke peranti mereka, sebelum mengaksesnya pada kemudian hari. Antara data yang dimuat-turun adalah termasuk peta bandar, gambar, dan juga ulasan pengguna mengenai lokasi sekitar.

TripAdvisor Offline

Untuk mengakses fungsi ini, pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi mereka ke versi terkini, dan seterusnya melalui halaman utama, memilih menu “Downloaded Cities”, dan seterusnya memilih bandar yang ingin dimuat-turun. Saiz data adalah bergantung kepada kandungan yang ditawarkan untuk sesuatu lokasi, dan mungkin pengguna boleh menghubungkan terlebih dahulu ke rangkaian WiFi, supaya tidak memberikan efek kepada penggunaan kuota rangkaian mudah-alih.

Muat-Turun TripAdvisor untuk Android

Muat-Turun TripAdvisor untuk iOS


TIPS & ULASAN