Xiaomi Redmi 1S Akan Dijual Di Malaysia Bermula Esok Pada Harga RM419

Xiaomi Redmi 1S Akan Dijual Di Malaysia Bermula Esok Pada Harga RM419

Diterbitkan pada July 7, 2014 oleh .

Bagi yang menantikan peranti pada harga sedikit murah daripada Xiaomi, bermula esok, mereka akan mula menawarkan Redmi 1S di pasaran Malaysia, dimana ia akan dijual pada harga RM419. Untuk fasa pertama ini, Xiaomi Malaysia akan menawarkan sebanyak 5000 unit untuk pengguna.

Hugo Barra Xiaomi

Xiaomi Redmi 1S membawakan skrin bersaiz 4.7-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 400, memori sebanyak 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel. Redmi 1S turut hadir dengan sokongan dwi-SIM, disamping pengguna boleh memperluaskan ruangan storan dengan penggunaan mikro-SD.

Seperti peranti Xiaomi yang lain, ia turut dilengkapi dengan antaramuka MIUI, dan dijana menggunakan platform Android.

Pihak Xiaomi Malaysia turut berkongsi mengatakan yang mana mereka akan turut menawarkan Xiaomi Redmi 1S berwarna putih dipasaran Malaysia dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN