Cari @ Amanz

Pihak @evleaks sebelum ini pernah hadir dengan beberapa ura-ura yang menjadi kenyataan, dan hari ini mereka berkongsi sebuah maklumat baru – mengatakan pihak Microsoft bakal hadir dengan peranti Lumia yang dijana menggunakan sistem operasi Android.

Seperti biasa, info lanjut berkaitan dengannya tidak dikongsikan buat masa ini. Daripada pengamatan kami, berkemungkinan pihak Microsoft akan hadir dengan peranti berspesifikasi tinggi ataupun berspesifikasi pertengahan yang menggunakan platform Android.

Apa pun, ia masih tidak diketahui lagi berkenaan bagaimanakah permintaan peranti Nokia berasaskan Android, seperti Nokia X dan Nokia XL sebelum ini. Kebanyakkan pengguna masih tidak begitu gemarkan ketiadaan perkhidmatan Google Play Services pada peranti keluarga Nokia X, disamping kami sendiri merasakan terdapat sedikit lengah masa ketika menggunakan peranti Nokia X. Berkemungkinan dengan menggunakan spesifikasi lebih tinggi, ia akan mengatasi perkara berkenaan.

Jika desas-desus baru ini benar, maka mungkinkah juga kita akan dapat melihat peranti Android akan datang daripada Nokia dilengkapi kamera PureView?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd