Cari @ Amanz

Maxis pada bulan Mei lepas telah memperkenalkan pelan pascabayar baru mereka, dinamakan sebagai MaxisOne Plan. Ketika itu, ia dipasarkan dengan terma “Limitless”, tetapi dihadkan kepada 3000 minit panggilan dan juga 3000 SMS melaluinya.

Apa pun, menariknya, hari ini pihak Maxis telah berkongsi sedikit kemaskini dengan kami, mengatakan kini MaxisOne Plan menawarkan sokongan panggilan dan SMS tanpa had, dan tidak lagi dihadkan kepada 3000 minit dan 3000 SMS seperti sebelumnya. Perkara ini dikatakan telah diaktifkan sejak daripada 26 Jun yang lepas kepada semua pelanggan MaxisOne Plan.

Perkara ini sekaligus menjadikan pelan MaxisOne Plan suatu pelan panggilan pascabayar yang amat berbaloi bagi mereka yang aktif membuat panggilan, dan juga menghantar SMS.

Sekarang mungkin kita perlu nantikan pihak Maxis menawarkan penggunaan data yang lebih tinggi melalui pelan mereka.

MaxisOne Plan

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd