Vertu Bekerjasama Dengan Bentley Untuk Siri Telefon Pintar Mewah

Vertu Bekerjasama Dengan Bentley Untuk Siri Telefon Pintar Mewah

Diterbitkan pada July 7, 2014 oleh .

VertuVertu sedia terkenal dengan penawaran telefon pintar mewah mereka, dan hari ini mereka mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta Bentley untuk hadir dengan sekurang-kurangnya empat telefon pintar eksklusif.

Melalui kerjasama eksklusif ini, pihak Verty akan mengeluarkan telefon pintar yang menyertakan elemen rekaan Bentley, disamping menyertakan beberapa kandungan khusus bersempena dengannya untuk pengguna. Peranti baru ini akan direkabentuk oleh para jurutera daripada kedua-dua syarikat.

Telefon pintar pertama hasil kerjasama ini dijangka akan diperkenalkan sekitar bulan Oktober kelak. Vertu dan Bentley menandatangani kerjasama ini untuk tempoh selama lima tahun, dan semestinya ramai yang akan menantikan bagaimakah rekaan peranti yang akan dibawakan oleh hasil kerjasama pihak Vertu dan Bentley ini kelak.


TIPS & ULASAN