Cari @ Amanz

Sony sedia mempunyai kepakaran tersendiri dalam arena pengimejan, dan dengan budaya selfie yang semakin popular sejak setahun dua ini, mereka tidak ingin ketinggalan, dan dilihat bakal melancarkan telefon selfie pertama pada hari ini.

Telefon ini dijangka akan dikenali dengan nama Xperia C3, dan salah satu ciri unik padanya adalah ia bakal menyertakan sokongan LED Flash pada kamera hadapan dengan sensor sebesar 5-megapixel. Beberapa fungsi khusus untuk memudahkan pengguna merakamkan gambar juga turut dilihat akan disertakan pada telefon pintar ini.

Spesifikasi penuh telefon pintar ini tidak diketahui buat masa ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa beberapa jam lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd