Bagi anda yang menggunakan Google Now, mungkin agak selesa dengan kawalan beberapa perkara menggunakan arahan suara. Terkini, salah satu aplikasi baru hadir dalam membolehkan pengguna menambah dan mengawal beberapa perkara menggunakan Google Now.
Untuk Commandr, ia diaktifkan dengan menggunakan arahan “Note To Self”, dan pengguna boleh mengawal beberapa perkara seperti menghidupkan dan mematikan lampu, GPS, Bluetooth, dan pelbagai perkara lain. Ia mungkin kelihatan agak janggal untuk menggunakannya dengan kata kunci “Note To Self”, tetapi pada masa yang sama juga, ia mungkin agak berguna ketika dalam beberapa situasi – seperti ketika memandu dan sebagainya.
Buat masa ini, Commandr masih menawarkan kawalan yang terhad, tetapi pembangunnya mengatakan mereka akan menambah kawalan baru dari semasa ke semasa pada aplikasi berkenaan.
Bagi anda yang menggunakan Android, mungkin boleh memuat-turun Commandr hari ini dan mencubanya sendiri pada peranti anda.
- Muat-Turun Commandr untuk Android