Kini Anda Boleh Lawati Kapal Persiaran Royal Caribbean Melalui Google Street View

Kini Anda Boleh Lawati Kapal Persiaran Royal Caribbean Melalui Google Street View

Diterbitkan pada July 8, 2014 oleh .

Google sedia menawarkan sokongan Street View di beberapa lokasi menarik seluruh dunia, selain turut menyediakan fungsi khusus untuk pemilik perniagaan untuk menambah kawasan mereka dibawah inisiatif Street View untuk membolehkan pengguna umum melawat lokasi perniagaan mereka secara maya melalui pelayar web.

Royal Caribbean

Terdapat beberapa perniagaan yang mengambil peluang ini untuk menambah lokasi pejabat mereka, restoran dan sebagainya dalam bentuk Street View, dan paling terbaru pihak Royal Caribbean turut merakamkan lebih 20,000 rakaman gambar sekitar kapal persiaran mereka dan menawarkannya dalam bentuk Street View.

Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna umum untuk melawat kapal persiaran mereka terus melalui pelayar web, dan mendapat idea berkenaan apakah yang akan ditawarkan melalui percutian melalui kapal persiaran mereka kelak.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh melawat halaman khusus yang disediakan oleh Royal Carribbean hari ini dan melihat dengan lebih dekat kapal persiaran mereka, dan pelbagai perkara yang terdapat pada kapal persiaran berkenaan.

Layari : Google Street View untuk Royal Caribbean


TIPS & ULASAN