Cari @ Amanz

BBMBBM untuk Windows Phone telah dikatakan akan hadir pada bulan Julai ini, dan hari ini ia didapati pihak BlackBerry telah menerbitkan aplikasi BBM mereka di Windows Phone Store. Apa pun, aplikasi berkenaan tidak boleh dimuat-turun oleh umum buat masa ini, dan ia ditawarkan dalam bentuk beta terhad kepada penguji awal.

BBM merupakan aplikasi permesejan popular daripada pihak BlackBerry. Sebelum ini, ia hanya terhad untuk pengguna BlackBerry sahaja, sebelum ia turut diperluaskan untuk pengguna Android dan iOS.

Tiada sebarang paparan skrin yang dikongsikan buat masa ini, sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya berkenaan bagaimanakah ia akan kelihatan pada platform Windows Phone. Ia dikatakan akan menyertakan pelbagai elemen rekaan Windows Phone, disamping mengekalkan rekaan ikonik BBM baru.

Dengan penerbitan ini di Windows Phone Store, mungkin kita boleh menantikan aplikasi tersebut dilancarkan kepada umum dalam beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd