Carian
Sony Xperia C3 – Telefon Selfie Dengan Kamera Hadapan 5-Megapixel Dengan Sokongan Flash
July 8, 2014 Aman

Seperti mana yang dinantikan, hari ini pihak Sony secara rasminya telah memperkenalkan telefon selfie pertama daripada mereka, dikenali sebagai Xperia C3.

Sony Xperia C3

Menjadi fokus utama pada telefon ini adalah kamera hadapan 5-megapixel yang mana turut hadir dengan sokongan LED Flash untuk membolehkan rakaman ketika berada di lokasi gelap dilakukan. Kamera hadapan ini turut dikatakan menawarkan sudut rakaman sehingga 80-darjah, dan hadir dengan mod rakaman “Superier Auto” untuk mengoptimasikan imej mengikut keadaan cahaya.

Untuk rakaman juga, pihak Sony membawakan sokongan untuk dwi-tap pada kerangka belakang, selain menggunakan butang shutter seperti biasa. Mod khas untuk rakamkan secara automatik ketika pengguna senyum turut hadir pada peranti ini.

Dari segi spesifikasi menyeluruh, Xperia C3 menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci Triluminous dengan paparan 720×1280 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 1.2Ghz empat-teras, memori 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan bateri berkapasiti 2500mAh. Telefon ini menggunakan Android 4.4. KitKat dan dlengkapi antaramuka khusus daripada Sony.

Harga jualannya tidak diketahuui lagi, dan ia dijangka akan dipasarkan bermula di China pada bulan Ogos ini.

http://www.youtube.com/watch?v=YToio7g6hAw

Komen