Moto G Dengan Sokongan 4G LTE Dan Mikro-SD Diperkenalkan Di Malaysia – Berharga RM799

Moto G Dengan Sokongan 4G LTE Dan Mikro-SD Diperkenalkan Di Malaysia – Berharga RM799

Diterbitkan pada July 8, 2014 oleh .

Motorola hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan Motorola Moto G dengan sokongan rangkaian 4G LTE untuk pasaran Malaysia, dan ia bakal dijual bermula 11 Julai ini pada harga RM799.

Motorola Moto G

Motorola Moto G sebelum ini telah ditawarkan dalam versi 3G di pasaran tempatan, yang mana menerima pelbagai jenis reaksi dan maklumbalas positif daripada para pengguna.

Moto G membawakan skrin bersaiz 4.5-inci dengan paparan HD, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 400, kamera belakang 5-megapixel dan dijana menggunakan sistem operasi Android 4.4 KitKat. Versi 4G LTE ini juga turut hadir dengan sokongan kad mikro-SD, membolehkan pengguna memperluaskan ruangan storan sehingga 32GB melaluinya.

Di Malaysia, ia akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih pada harga RM799, selain mana Flip Shell pada harga RM128 dan juga Shell pada harga RM68.


TIPS & ULASAN