Cari @ Amanz

Bank Negara sebelum ini telah menawarkan mesin deposit syiling satu dua lokasi secara terhad. Namun, kini ia berubah apabila kini mesin deposit syiling berkenaan ditawarkan di lebih 236 lokasi di seluruh negara.

Bank Negara mengatakan sejumlah syiling yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia tidak dikembalikan untuk pengedaran semula, dan melalui penggunaan mesin ini ia mungkin akan memudahkan perkara tersebut. Disamping itu, pengguna juga boleh mendepositkan syiling ke akaun mereka dengan mudah menggunakan mesin yang sama.

Mesin Deposit Syiling ini ditempatkan di bank-bank tempatan, pasar-raya dan juga cawangan Tabung Haji. Untuk deposit yang dilakukan di bank dan Tabung Haji, pengguna boleh memasukkan ia terus ke akaun, dimana deposit yang dilakukan sebelum 4 petang akan dimasukkan ke akaun pada hari yang sama, sebaliknya selepas itu pada hari berikutnya.

Untuk deposit yang dilakukan di pasar raya pula, pengguna akan menerima sebuah baucar membeli-belah untuk nilai wang syiling mereka.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lokasi mesin deposit syiling ini, anda boleh merujuk ke senarai yang disediakan oleh Bank Negara pada Google Maps.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd