Apple Menggantikan Google Maps Kepada Apple Maps Pada Halaman Web “Find My iPhone”

Apple Menggantikan Google Maps Kepada Apple Maps Pada Halaman Web “Find My iPhone”

Diterbitkan pada July 9, 2014 oleh .

Apple sebelum ini, pada iOS 6 telah memperkenalkan sokongan pemetaan tersendiri, dikenali sebagai Apple Maps. Ia hanya ditawarkan pada peranti mudah-alih Apple, dan juga komputer OS X sahaja sebelum ini, dan kini ia turut hadir dalam versi web.

Apple Maps Web

Versi web untuk Apple Maps ini tidak ditawarkan secara terbuka buat masa ini, sebaliknya ia ditawarkan melalui laman iCloud.com dibawah fungsi “Find My iPhone”.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih diuji dalam fasa beta lagi, dan percubaan kami sendiri memperlihatkan ia masih belum berfungsi dengan lancar, sebaliknya terdapat beberapa lengah masa ketika menggunakannya.

Apa pun, suatu perkara yang pasti adalah dimana dengan pengenalan versi web ini, pihak Apple lebih mengurangkan kebergantungan mereka kepada pihak Google, selain turut membawa Apple Maps ke web secara berperingkat.


TIPS & ULASAN