Set Realiti-Maya Daripada Samsung Dijangka Diperkenalkan Bersama Note 4 – Dikenali “Gear VR”

Set Realiti-Maya Daripada Samsung Dijangka Diperkenalkan Bersama Note 4 – Dikenali “Gear VR”

Diterbitkan pada July 9, 2014 oleh .

Samsung bakal memperkenalkan phablet baru mereka – Galaxy Note 4 pada IFA 2014 bulan September kelak. Menariknya, kini dikatakan yang mana Samsung bakal memperkenalkan bersama set kepala mereka bersama-sama dengannya, dikenali sebagai Gear VR.

Samsung Gear VR ini dikatakan akan membolehkan pengguna dock akan peranti Galaxy mereka melalui sokongan USB 3.0, dan seterusnya menikmati beberapa perkara dan paparan realiti-maya. Gear VR juga dikatakan akan menggunakan sensor pada telefon pintar dalam memberikan sokongan head-tracking motion.

Samsung Gear VR

Gear VR turut akan menggunakan kamera belakang untuk memberikan gambaran dunia-nyata, disamping turut dilengkapi sebuah touchpad untuk kawalan.

Untuk perisian, seperti dimaklumkan sebelum ini, pihak Samsung bekerjasama dengan Oculus VR, dan pihak Samsung dijangka akan menyediakan sebuah kategori khusus di Samsung Apps untuk Gear VR ini.

Secara kasarnya, ia dilihat menyerupai apa yang diperkenalkan oleh Google melalui Google Cardboard pada bulan lepas. Ini juga akan membolehkan pihak Samsung menawarkan peranti berkenaan pada harga lebih rendah berbanding pesaing lain di pasaran.


TIPS & ULASAN