Amanz x Ramadhan 6 – Menangi BlackBerry Z30 Daripada BlackBery

Amanz x Ramadhan 6 – Menangi BlackBerry Z30 Daripada BlackBery

Diterbitkan pada July 9, 2014 oleh .

Melalui pemberian giveaway bersempena Ramadhan pada minggu lepas, salah satu yang menerima permintaan tinggi adalah telefon pintar BlackBerry Z30. Jadi, bagi anda yang terlepas, kini sekali lagi kami bersama-sama pihak BlackBerry Malaysia menawarkan satu lagi unit BlackBerry Z30.

BlackBerry Z30

BlackBerry Z30 merupakan telefon flagship daripada pihak BlackBerry, dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan Snapdragon S4 Pro 1.7Ghz, memori 2GB RAM, dan dilengkapi kamera belakang 8-megapixel.

Bercakap mengenai BlackBerry Z30, sistem operasinya merupakan salah satu yang unik, dimana ia membawakan sokongan kawalan berasaskan gesture. Disamping itu, ia turut dilengkapi dengan fungsi seperti BlackBerry Hub untuk menguruskan emel dan akaun sosial, menyokong aplikasi Android, sokongan BBM, dan beberapa fungsi menarik pada bahagian kamera.

Baca: Pandang Pertama BlackBerry Z30

Untuk pemberian Amanz x Ramadhan pertama ini, pengguna hanya perlu meninggalkan komen di bawah dengan slogan, “Salah satu fungsi yang disukai saya pada BlackBerry Z30 adalah…“, dan pemenang rawak akan dipilih berdasarkan slogan. Beberapa slogan lain turut akan membawa pulang beberapa hadiah misteri daripada pihak BlackBerry Malaysia.

Seperti biasa, giveaway ini dibuka kepada semua yang mempunyai alamat di Malaysia, dan anda akan dihubungi berdasarkan kepada alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen slogan dibawah. Penerimaan komen akan ditamatkan pukul 2 petang (10 Julai).

 Kemaskini 17 Julai: Pemenang ialah-

  • Hadiah Utama BlackBerry Z30: Hakim Redzual
  • Hadiah misteri dari Blackberry: Fadzrul Hisyam, Zahid, Zeke
  • Pemenang akan dihubungi melalui email


TIPS & ULASAN