CentOS 7 Sedia Untuk Di Muat-Turun

CentOS 7 Sedia Untuk Di Muat-Turun

Diterbitkan pada July 9, 2014 oleh .

CentOSKira-kira sebulan selepas Red Hat Enterprise Linux versi 7 diumumkan, kini pasukan pembangunsistem operasi sumber terbuka, CentOS telah melancarkan CentOS versi terkini – CentOS 7, sekaligus menjadikannya versi CentOS yang pertama dikeluarkan setelah CentOS Project digabungkan proses pembangunannya dengan Red Hat pada Januari lalu.

Antara perkara baru yang dibawakan oleh CentOS 7 ialah Kernel Linux versi 3.10.0 (versi stabil terkini ketika artikel ini ditulis ialah 3.15), sokongan terhadap teknologi Linux Containers, pengurus servis dan sistem yang baru iaitu systemd, XFS sebagai fail-sistem (default), dan pelbagai lagi penambahan baru yang lain.

Menurut pihak pembangun CentOS, pasukan mereka sedang membangunkan aplikasi khusus yang dinamakan sebagai Preupgrade Assistant bagi membolehkan CentOS 6.5 dinaiktaraf kepada CentOS 7 tanpa perlu melalui proses pemasangan dari awal.

Bagi anda yang meminati sistem operasi sumber terbuka, dan ingin mencubanya, boleh memuat-turun CentOS 7 hari ini secara percuma dan memasangnya pada komputer anda.

Muat-Turun CentOS 7


TIPS & ULASAN