Cari @ Amanz

GundamJepun sedia terkenal dengan siri animasi mereka yang mempunyai pelbagai genre, termasuk memfokuskan robot. Terkini, sepasukan jurutera dan pereka animasi di Jepun mengumumkan yang mana mereka merancang untuk membina sebuah robot Gundam setinggi 18 meter yang boleh bergerak.

Buat masa ini, perancangan ini boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan mereka ingin menerima idea daripada orang ramai dalam menjayakan perkara tersebut. Sebuah laman web khas bakal dilancarkan pada penghujung bulan ini untuk mengumpulkan idea tersebut.

Robot setinggi 18-meter ini dijangka diperkenalkan dan disiapkan sebelum tahun 2019 kelak – ketika siri Gundam menyambut ulang-tahun ke-40.

Siri animasi Mobile Suit Gundam sebelum ini telah ditayangkan di Jepun pada tahun 1979, dan mempunyai peminat yang ramai di seluruh dunia. Sebelum ini, pada ulang-tahun ke-30, mereka telah hadir dengan sebuah patung Gundam setinggi 18-meter yang tidak bergerak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd