Modern Combat 5 Bakal Dilancarkan Gameloft Pada Penghujung Bulan Ini

Modern Combat 5 Bakal Dilancarkan Gameloft Pada Penghujung Bulan Ini

Diterbitkan pada July 10, 2014 oleh .

Gameloft mempunyai beberapa permainan memfokuskan peranti mudah-alih yang menarik. Jikalau bercakap mengenai permainan berbentuk FPS, Gameloft menyediakan permainan Modern Combat, dan versi terkininya, Modern Combat 5 – Blackout bakal hadir tidak lama lagi.

Modern Combat

Modern Combat 5 bakal menawarkan watak daripada empat kelas berbeza – Assault, Heavy, Recon dan juga Sniper, membolehkan pengguna memilih berdasarkan minat mereka, dan menggunakannya dalam memainkan permainan tembak-menembak berkenaan.

Ia turut bakal menawarkan sokongan multiplayer, dimana setiap misi yang dijayakan pada permainan perseorangan akan memberi impak kepada watak pemain di multiplayer.

Permainan Modern Combat 5 – Blackout ini bakal dilancarkan secara rasminya pada 24 Julai kelak, dan akan membawakan tanda harga sebanyak $6.99. Versi Android dan iOS dijangka akan dilancarkan pada tarikh berkenaan, dan versi Windows Phone akan menyusul selepas itu.


TIPS & ULASAN