Cari @ Amanz

Xiaomi Mi4Xiaomi dilihat menjadualkan sebuah acara khas pada 22 Julai ini, dan melalui sebuah gambar teaser yang dikongsikan di laman sosial, ia memperlihatkan angka “4”, sekaligus membawa spekulasi kepada pengenalan Xiaomi Mi4.

Mengikut gambar teaser berkenaan, ia memberikan penekanan kepada peranti yang dibuat menggunakan metal. Tiada maklumat tambahan yang dikongsikan pihak Xiaomi buat masa ini.

Buat masa ini, apakah yang akan dibawakan oleh peranti tersebut masih tidak diketahui sepenuhnya. Beberapa gambar telah tertiris sebelum ini, memperlihatkan gambaran peranti berkenaan secara kasar.

Xiaomi Mi4 dijangka akan dijana menggunakan cip pemprosesan terkini daripada Qualcomm, menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, serta dilengkapi kamera belakang 13-megapixel. Peranti tersebut juga mungkin dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G LTE padanya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan tarikh 22 Julai ini untuk melihat apakah yang bakal diumumkan oleh pihak Xiaomi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd