GMail Untuk Android Kini Memudahkan Anda Menyertakan Fail Daripada Google Drive

GMail Untuk Android Kini Memudahkan Anda Menyertakan Fail Daripada Google Drive

Diterbitkan pada July 10, 2014 oleh .

Google kini telah mula memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi GMail pada Android, dimana melalui versi terkininya – GMail 4.9, ia menyertakan beberapa perkara baru, dan salah satunya menyertakan fail terus dari Google Drive ke emel.

GMail Android

Ketika mengarang emel, kini pengguna boleh memilih untuk menyertakan fail daripada Google Drive, dan ia akan membuka sebuah tetingkap untuk membolehkan pengguna memilih fail yang ingin disertakan.

Kemaskini baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan bagi anda yang menggunakan GMail untuk Android, mungkin boleh menyemak kemaskini pada Play Store hari ini.

Muat-Turun GMail untuk Android


TIPS & ULASAN