MindRDR Untuk Google Glass Membolehkan Anda Merakamkan Gambar Dengan Hanya Kawalan Minda

MindRDR Untuk Google Glass Membolehkan Anda Merakamkan Gambar Dengan Hanya Kawalan Minda

Diterbitkan pada July 10, 2014 oleh .

Google Glass sedia menyediakan sokongan rakaman gambar pada kaca mata pintar berkenaan, tetapi ia mengambil beberapa langkah sebelum pengguna berjaya merakamkannya. Untuk memudahkan proses tersebut, kini aplikasi MindRDR hadir, memudahkan pengguna merakamkan gambar dengan hanya menggunakan minda.

MindRDR

Untuk menjayakan perkara ini, pengguna perlu mendapatkan sebuah headset EEG tambahan (Neurosky MindWave EEG headset) yang dihubungkan ke Google Glass, dan membolehkan ia merakamkan 4 gelombang daripada otak untuk berinteraksi. Ia boleh dikatakan dengan memakainya sahaja, ia kelihatan agak janggal buat masa ini. Mungkin masa demi masa kelak, kita akan lihat saiznya berubah menjadi lebih kecil dan sesuai untuk dipakai oleh semua.

Dengan menggunakan peranti tambahan tersebut, pengguna turut perlu memuat-turun aplikasi MindRDR yang membolehkan pengguna merakamkan gambar dan berkongsi terus ke Facebook dan Twitter – dengan hanya memikirkan mengenainya.

Ia boleh dikatakan hanya sekadar permulaan sahaja buat masa ini, dan aplikasi MindRDR ini dijangka akan ditambah dengan pelbagai fungsi-fungsi tambahan lain pada masa akan datang.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan MindRDR ini?


TIPS & ULASAN