Siri Kad Grafik AMD Radeon R9 Dikemaskini – R9 295X2 Diperkenalkan Di Malaysia

Siri Kad Grafik AMD Radeon R9 Dikemaskini – R9 295X2 Diperkenalkan Di Malaysia

Diterbitkan pada July 11, 2014 oleh .

Pada satu acara perkongsian media hari ini AMD Malaysia telahpun memperkenalkan kad grafik R9 295X2 iaitu kemaskini kepada siri R9 mereka. Kad grafik ini merupakan kad grafik terbaru dan terpantas dalam siri R9 mereka dalam pasaran buat masa ini.

Radeon-R9Fan-WaterCooler-FrontAngle-570W copy

Siri R9 295X2 ini merupakan kad grafik yang menggunakan dua cip R9 pada mod Crossfire. Sedikit info mengenai spesifikasi dan prestasi, kelajuan CPUnya boleh mencecah 1.02 Ghz, RAM 8GB DDR5, bit memori 2x 512 bit, boleh menjana sehingga 11.5 TFLOPS. Dengan spesifikasi sebegini ia boleh memainkan permainan pada resolusi 4K tanpa sebarang masalah. Turut disertakan bersama adalah sistem penyejukan air Asetek pada kad grafik ini.

Seperti kad grafik Radeon yang lain, siri R9 turut membawakan teknologi antaranya Mantle, True Audio, dan Eyefinity. Setakat ini tiada harga rasmi untuk pasaran tempatan diumumkan untuk kad grafik ini namun kad grafik ini dijual di beberapa kedai di Plaza Lowyat pada harga RM5,888.


TIPS & ULASAN