Cari @ Amanz

Bagi pengguna Windows, mungkin anda sedia kenali akan pelayar web berasaskan kepada Firefox, iaitu PaleMoon. Nampaknya, selain daripada pelayar web, pihak pembangunnya turut sama membangunkan sebuah klien berasaskan kepada Thunderbird, dinamakan sebagai FossaMail.

FossaMail

Mengambil konsep yang sama seperti projek Pale Moon, mereka membawakan beberapa penambah-baikkan pada klien emel FossaMail, dan salah satunya adalah sokongan 64-bit di Windows – salah satu yang tidak disokong pada Thunderbird.

Daripada penggunaan kami, secara kasarnya ia mengekalkan pelbagai elemen seperti Thunderbird, disamping turut beroperasi dengan sedikit pantas jikalau dibandingkan dengan Thunderbird pada sistem kami. Sokongan penambahan akaun emel juga beroperasi tanpa sebarang masalah pada klien ini, disamping beberapa pemalam untuk Thunderbird boleh digunakan bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, FossaMail hanya ditawarkan untuk sistem operasi Windows sahaja, dan tidak diketahui sama ada sokongan untuk Linux dan Mac akan hadir ataupun sebaliknya.

Sekiranya anda menggunakan sistem operasi Windows Vista dan terkini, mungkin boleh mencuba klien FossaMail ini dalam menguruskan emel pelbagai akaun anda dengan mudah menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd