BlackBerry Membuka Pendaftaran Minat Untuk Mencuba BBM Beta Pada Windows Phone

BlackBerry Membuka Pendaftaran Minat Untuk Mencuba BBM Beta Pada Windows Phone

Diterbitkan pada July 11, 2014 oleh .

BlackBerry Messenger atau BBM boleh dikatakan antara perkhidmatan permesejan terawal dan popular dikalangan pengguna BlackBerry. Pada tahun lepas, ia telah diperluaskan ke platform Android dan iOS, dan hari ini pihak BlackBerry berkongsi perkembangan aplikasi berkenaan untuk platform Windows Phone.

BBM Windows Phone

BBM untuk Windows Phone telah dalam pembangunan sejak sebelum ini, dan hari ini pihak BlackBerry membuka pendaftaran minat untuk menguji ia sebelum dilancarkan secara rasmi. Daripada beberapa paparan antaramuka yang dikongsikan, BBM untuk Windows Phone dilihat menggunakan antaramuka Metro – selari dengan platform tersebut, disamping turut mengekalkan beberapa elemen seperti pada platform lain.

Menurut pihak BlackBerry, versi awal untuk Windows Phone kelak akan menyertakan sokongan permesejan BBM, sokongan menghantar gambar, lokasi, dan juga BBM Groups. Fungsi lain seperti BBM Voice, Sticker, BBM Channel dan sebagainya dijangka akan hadir dalam kemaskini yang seterusnya.

Bagi anda yang berminat, dan ingin mencubanya terlebih dahulu disamping memberikan maklumbalas berkaitan dengan BBM Beta untuk Windows Phone, boleh mendaftarkan diri di BlackBerry BetaZone. Pihak BlackBerry mengatakan versi untuk pengguna umum bakal hadir dalam beberapa minggu lagi.

Daftar Minat Di BlackBerry Beta Zone


TIPS & ULASAN