YouTube Creator Studio Diperkenalkan Untuk Pengguna iPhone

YouTube Creator Studio Diperkenalkan Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan pada July 11, 2014 oleh .

YouTube Creator StudioSebelum ini, Google telah memperkenalkan sebuah aplikasi khusus untuk pengguna Android yang mempunyai saluran mereka di YouTube, dinamakan sebagai Creator Studio. Kini, selang seminggu, aplikasi sama turut diterbitkan untuk pengguna iOS.

Aplikasi YouTube Creator Studio ini memfokuskan kepada penerbit kandungan di YouTube, dimana menggunakannya, pengguna boleh menguruskan saluran mereka, menyemak statistik semasa, melihat dan membalas komen, serta membuat beberapa perkara lain.

Sekiranya anda merupakan salah seorang penerbit kandungan di YouTube, dan menggunakan peranti iOS, seperti iPhone, iPad dan sebagainya, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Creator Studio ini, dan menguruskan saluran anda dengan lebih mudah menggunakannya.

Muat-Turun YouTube Creator Studio untuk iPhone


TIPS & ULASAN