Samsung Galaxy Tab S Mula Dijual Di Malaysia Bermula Hari Ini

Samsung Galaxy Tab S Mula Dijual Di Malaysia Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada July 11, 2014 oleh .

Samsung Galaxy Tab S merupakan salah satu tablet terbaru daripada pihak Samsung, dimana ia membawakan beberapa ciri-ciri premium, dan hadir dalam dua variasi saiz. Selepas diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada bulan lepas, pihak Samsung telah mula menjualnya di Malaysia bermula hari ini.

Samsung Galaxy Tab S
Pemproses Exynos 5 Octa
Skrin 8.4-inci dan 10.5-inci
Resolusi 2560×1600 pixel
RAM 3 GB
Muatan Dalaman 16 GB (kad-SD sehingga 128GB)
Kamera 8-megapixel
Bateri 4900mAh (8.4)
7900mAh (10.5)

Galaxy Tab S yang ditawarkan di Malaysia hadir dengan sokongan LTE, membawakan beberapa sokongan seumpama Galaxy S5 – dimana antaranya adalah pengimbas cap jari dan juga rekaan kerangka belakang yang sama. Sokongan pengimbas cap jari pada Galaxy Tab S turut memudahkan penggunaan untuk multi-user pada tablet berkenaan.

Disamping itu, dengna skrin 2K, pihak Samsung turut memfokuskan kepada beberapa tawaran kandungan percuma untuknya. Kandungan untuk tempatan hadir daripada tawaran Galaxy Life sahaja, sebaliknya aplikasi seperti PaperGarden, dan beberapa kandungan yang diumumkan ketika di New York tidak akan ditawarkan untuk pengguna tempatan ketika pengenalan.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Galaxy Tab S, anda boleh mendapatkannya pada harga RM1699 untuk versi 8.4-inci, dan RM1999 untuk versi 10.5-inci.

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Baca : Pandang Pertama Galaxy Tab S


TIPS & ULASAN