Aplikasi Samsung Galaxy Apps Diperkenalkan Untuk Semua Pengguna Peranti Samsung

Aplikasi Samsung Galaxy Apps Diperkenalkan Untuk Semua Pengguna Peranti Samsung

Diterbitkan pada July 11, 2014 oleh .

Samsung sebelum ini telah berkongsi perancangan untuk menjenamakan semula kedai aplikasi Samsung Apps mereka kepada Samsung Galaxy Apps. Kini, ia dilihat telah diperkenalkan secara meluas, membolehkan semua yang menggunakan peranti dibawah keluarga Galaxy mengemaskini dan menggunakannya pada peranti masing-masing.

Samsung Galaxy Apps

Samsung Galaxy Apps membawakan kemaskini dari segi antaramuka, dan penawaran tampak lebih tersusun berbanding sebelumnya. Pihak Samsung sendiri mengatakan mereka akan menawarkan pelbagai kandungan eksklusif melalui Samsung Galaxy Apps untuk pengguna peranti Android mereka.

Penjenamaan semula ini juga mungkin kerana pihak Samsung mempunyai beberapa platform dibawah mereka – termasuk yang terkini Tizen, sekaligus membolehkan para pengguna membezakan antara kedai aplikasi dengan lebih mudah.

Bagi pengguna peranti Samsung, anda boleh membuka Samsung Apps, dan anda akan menerima notis kemaskini padanya.


TIPS & ULASAN