Oppo N1 Mini Bakal Dijual Bermula Minggu Hadapan – Berharga RM1398

Oppo N1 Mini Bakal Dijual Bermula Minggu Hadapan – Berharga RM1398

Diterbitkan pada July 11, 2014 oleh .

Oppo N1 telah diperkenalkan sebelum ini untuk pasaran Malaysia, dimana ia membawakan skrin bersaiz 5.9-inci dan dilihat agak besar untuk tangan beberapa pengguna. Sebagai alternatifnya, pihak Oppo turut hadir dengan tawaran Oppo N1 Mini.

Oppo N1 Mini

Oppo N1 mini telah diperkenalkan pada penghujung Mei lepas, dimana ia membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p. Ia turut dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 400, memori 2GB RAM, dan juga kamera boleh-putar 13-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan sokongan LTE bersama-sama dengannya, selain menjalankan ColorOS 1.4 (berasaskan kepada Android 4.3 Jelly Bean).

Walaupun ia membawakan skrin bersaiz 5-inci, ia boleh dikatakan variasi bersaiz kompak untuk Oppo N1, dan meemfokuskan kepada mereka yang gemar merakamkan gambar selfie, disamping turut menggunakan peranti mudah-alih untuk merakamkan gambar pada pelbagai sudut dengan mudah.

Di Malaysia, Oppo N1 Mini bakal dijual bermula minggu hadapan, dan akan membawakan tanda harga RM1398. Sebagai perbandingan, Oppo N1 telah dijual pada harga RM1798 ketika pengenalan dulu.


TIPS & ULASAN