Cortana : Jerman Lebih Berpeluang Memenangi Piala Dunia 2014 FIFA

Cortana : Jerman Lebih Berpeluang Memenangi Piala Dunia 2014 FIFA

Diterbitkan pada July 11, 2014 oleh .

Cortana - JermanCortana merupakan pembantu pintar maya yang diperkenalkan oleh Microsoft bersama-sama Windows Phone 8.1. Ia memudahkan pengguna untuk membuat beberapa tugasan, disamping hadir dengan beberapa penawaran info pantas melaluinya.

Bersempena dengan Piala Dunia 2014 FIFA yang berlangsung di Brazil, pihak Microsoft turut menyertakan sebuah algoritma khas, untuk membolehkan Cortana membuat ramalan untuk pemenang perlawanan.

Sehingga kini, kesemua ramalan Cortana adalah tepat, dan tiada kesilapan setakat ini. Malah, ketika peringkat separuh akhir, ia turut meramalkan Brazil dan Netherlands akan tewas, selain turut meramalkan perlawanan akhir antara Jerman dan juga Argentina.

Untuk perlawanan akhir, Cortana dilihat mengatakan pihak Jerman mempunyai peluang lebih tinggi untuk memenanginya berbanding Argentina, disamping untuk perlawanan tempat ketiga dan ke-empat, Brazil dijangka akan memenanginya.

Perlawanan akhir Piala Dunia 2014 FIFA bakal diadakan pada pagi Isnin akan datang ini.


TIPS & ULASAN