Cari @ Amanz

WordPress, sejak daripada tahun lepas telah memulakan pengeluaran kemaskini yang lebih pantas, dimana pelbagai fungsi-fungsi baru diperkenalkan lebih pantas berbanding kebiasaan. Untuk tahun ini, mereka telah memperkenalkan WordPress 3.9 beberapa bulan lepas, dan kini WordPress 4.0 bakal dilancarkan pada bulan hadapan.

Bagi anda yang tidak mengenali WordPress, ia merupakan salah satu CMS (sistem pengurusan kandungan) yang digunakan untuk membangunkan web seperti blog, web berita, web jual-beli dan sebagainya menggunakannya. Seperti ramai sedia maklum, web Amanz ini turut menggunakan platform WordPress, dan boleh dikatakan saya agak selesa menggunakannya untuk penulisan berbanding beberapa platform lain seperti Joomla, Drupal, dan sebagainya.

Untuk WordPress 4.0 yang akan datang ini, pihak pembangunnya dilihat akan menyertakan beberapa perkara baru, termasuk pengurusan media dalam bentuk grid yang lebih mudah, kemudahan pemasangan pemalam, memilih bahasa ketika pemasangan, kemaskini pada bahagian widget, dan beberapa perkara lain.

Bagi anda yang menggunakan WordPress dan ingin menguji WordPress 4.0 ini, pihak pembangunnya telah mengeluarkan versi Beta pertama, yang mana anda boleh memuat-turun dan menggunakannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd