Cari @ Amanz

Google, seperti kebanyakkan perkhidmatan web lain, memantau aktiviti anda pada perkhidmatan mereka, dimana data tersebut digunakan untuk memperlihatkan iklan yang bersesuaian dengan minat anda.

Perkara ini mungkin tidak begitu digemari oleh sesetengah pengguna, yang inginkan lebih privasi ketika menggunakan perkhidmatan Google. Terdapat beberapa kaedah untuk mengawal data berkenaan, dan salah satu adalah mengawalnya terus daripada Google Dashboard pada bahagian “Sejarah Akaun“.

Google Dashboard

Melalui halaman tersebut, Google menyediakan kawalan untuk empat perkara, iaitu sejarah carian Google, perkongsian lokasi, sejarah carian YouTube, dan sejarah tontonan di YouTube.

Pengguna yang tidak ingin Google memantau aktiviti mereka boleh memilih untuk menghentikan perkara tersebut dengan memilih “Jeda” (pause). Google akan berhenti memantau sejak daripada pemilihan tersebut, tetapi pengguna masih tertakluk untuk beberapa perkara lain, seperti sejarah yang disimpan pada pelayar web dan sebagainya.

Google Dashboard

Pada masa yang sama, sekiranya anda memilih untuk menghentikan perkara ini, beberapa perkhidmatan Google mungkin berhenti berfungsi dengan lancar, dimana salah satunya adalah Google Now.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd