Gambar Sony Xperia Z3 Tertiris – Mungkin Hadir Seawal September Ini

Gambar Sony Xperia Z3 Tertiris – Mungkin Hadir Seawal September Ini

Diterbitkan pada July 13, 2014 oleh .

Sony pada tahun lepas telah memperkenalkan Xperia Z, dan pada pertengahan tahun kedua mereka telah memperkenalkan Xperia Z1. Perkara sama juga mungkin berlaku pada tahun ini, dimana mereka telah memperkenalkan Xperia Z2, dan kini beberapa gambar Xperia Z3 tertiris – dikatakan akan hadir sekitar bulan September kelak.

Sony Xperia Z3 Tertiris

Sony Xperia Z3 Tertiris

Sony Xperia Z3 ini dijangka akan menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 801, dan skrin pada resolusi 1080×1920 pixel. Kamera belakang juga dilihat kekal kepada sensor 20.7-megapixel – sama seperti Xperia Z2.

Sony Xperia Z3 ini dijangka akan menyertakan sedikit perubahan fizikal pada rekaannya, dan mungkin juga kita akan dapat melihat beberapa ciri-ciri khusus turut disertakan pada bahagian perisian.

Jadi, bagi anda yang merancang untuk mendapatkan Xperia Z2 dalam masa terdekat ini, mungkin boleh menangguhkannya sementara dan menantikan pengumuman rasminya – yang dijangka sekitar September kelak.


TIPS & ULASAN