Permainan Ingress Daripada Google Dilancarkan Untuk Pengguna iOS

Permainan Ingress Daripada Google Dilancarkan Untuk Pengguna iOS

Diterbitkan pada July 14, 2014 oleh .

Ingress merupakan salah satu permainan yang ditawarkan oleh Google untuk pengguna Android. Setelah sekian lama ianya eksklusif untuk platform tersebut, kini Google turut menerbitkannya secara rasmi untuk pengguna peranti iPhone dan iPad.

Ingress iOS

Ingress merupakan salah satu permainan unik yang mana menyambungkan dunia realiti dalam permainan berkenaan. Ingress membawakan latar permainan, dimana sebuah tenaga misteri yang ditemui oleh sepasukan saintis di Eropah. Seperti kebanyakkan permainan, Ingress turut membolehkan para pemain memilih pihak dan watak mereka, sama ada mereka ingin menyokong tenaga misteri ini, ataupun menjadi sebahagian daripada mereka yang membantahnya. Untuk memainkannya, pengguna perlu bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain untuk mendapatkan sumber tenaga tersebut, disamping mengawal sesuatu lokasi.

Bagi mereka yang ingin memainkan permainan Ingress ini pada iPhone atau iPad, anda boleh memuat-turun permainan ini daripada Apple AppStore hari ini.

Muat-Turun Ingress untuk iOS


TIPS & ULASAN