Paparan Skrin Huawei Emotion UI 3.0 Tertiris – Membawakan Rekaan “Mendatar”

Paparan Skrin Huawei Emotion UI 3.0 Tertiris – Membawakan Rekaan “Mendatar”

Diterbitkan pada July 14, 2014 oleh .

Boleh dikatakan setiap pengeluar telefon pintar Android mempunyai antaramuka khusus yang dibawakan oleh mereka untuk menawarkan pengalaman penggunaan berbeza berbanding beberapa pengeluar lain. Tidak ketinggalan adalah Huawei dengan EmotionUI mereka.

Terkini, beberapa gambar tertiris memperlihatkan rekaan EmotionUI 3.0 yang bakal dibawakan oleh syarikat pengeluar dari China tersebut. Rekaan baru ini dilihat membawakan elemen rekaan “mendatar” yang mana menjadi trend akhir-akhir ini.

Huawei Emotion UI 3.0

Huawei Emotion UI 3.0

Secara kasarnya, boleh dikatakan ia mengambil inspirasi daripada Apple iOS 7 dan MIUI untuk beberapa elemen, disamping penggunaan warna yang dilihat lebih menyerupai kepada antaramuka LG G3.

Ia tidak diketahui lagi apakah peranti pertama yang akan menggunakan antaramuka ini, dan bilakah peranti sedia ada seperti Ascend P7 yang akan menerima kemaskini untuk antaramuka EmotionUI 3.0 ini.

Bagi anda, apakah komen anda mengenai rekaan baru ini?


TIPS & ULASAN