Amanz x Ramadhan 8 – Menangi Pembesar Suara Z200 dari Logitech

Amanz x Ramadhan 8 – Menangi Pembesar Suara Z200 dari Logitech

Diterbitkan pada July 14, 2014 oleh .

Giveaway Amanz x Ramadhan diteruskan pada minggu ketiga bulan puasa ini dan sepanjang program ini berjalan, telah banyak giveaway dilaksanakan. Kami juga telah mengemaskininya dengan menyatakan nama pemenang dan kesemua pemenang telah dihubungi melalui emel. Untuk hari ini, pihak Logitech telah menaja EMPAT pembesar suara Z200 yang bernilai RM129.

Logitechz200

Logitech merupakan satu jenama yang tidak asing dalam peranti perkakas komputer. Selain dari papan kekunci, tetikus dan kelengkapan permainan komputer, mereka turut menghasilkan peranti audio dan Logitech Z200 merupakan pembesar suara multimedia untuk kegunaan desktop.

multimediaspeakersz200glamourimages

Ia hadir dalam dua warna iaitu putih dan hitam serta menyertakan jek headphone dan juga jek input audio. Selain tombol tahap suara, tombol tona juga turut disertakan supaya pengguna boleh mengubah tahap bass pembesar suara tersebut.Di Malaysia ia ditawarkan pada harga RM129 dan boleh didapati di semua kedai aksesori komputer.

Berbeza dengan cara giveaway sebelum ini, pemenang akan dipilih dari slogan pembaca paling kreatif yang dipilih berdasarkan cabutan berdasarkan waktu yang akan dilakukan kami dari laman Random.org

  • Nombor rawak pertama antara 1-2: Mewakili AM / PM
  • Nombor rawak kedua antara 1-12: Mewakili jam ke 1-12
  • Nombor rawak ketiga antara 1-59: Mewakili minit ke 1-59
  • Seperti contoh: 1,9,15 = akan membawa maksud komen pada pukul 9.15 AM, dan 2,4,30 akan membawa maksud komen pada pukul 4.30PM.
  • Sekiranya terdapat lebih dari 1 komen pada waktu tersebut, pemenang akan dipilih berdasarkan slogan paling kreatif.
  • Slogan yang perlu dilengkapkan: “Saya ingin memenangi Logitech Z200 kerana…”
  • Cabutan akan dilakukan sebanyak 4 kali kerana terdapat 4 Logitech Z200 untuk dimenangi.

Seperti biasa, giveaway ini dibuka kepada semua yang mempunyai alamat di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen. Penerimaan komen akan ditamatkan pada pukul 3 petang (15 Julai).

 Kemaskini para pemenang: 4 pemenang tersebut adalah-

  • Kemal, Faiz, John, MM
  • Pemenang akan dihubungi melalui emel :)


TIPS & ULASAN