Raspberry Pi Model B Dikemaskini Dengan Sokongan USB Tambahan

Diterbitkan pada July 14, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pihak pembangun Raspberry Pi hari ini telah mengumumkan kemaskini kepada Model B mereka, dimana ia kini menyertakan beberapa kemaskini dari segi hardware. Model baru ini dinamakan oleh mereka sebagai Model B+.

Raspberry Pi B+

Pembangunnya mengatakan ia bukanlah Raspberry Pi 2, sebaliknya merupakan versi akhir untuk Raspberry Pi versi asal. Ini mungkin turut memberikan petanda yang mana generasi kedua untuk Raspberru Pi mungkin hadir tidak lama lagi.

Model kemaskini ini hadir dengan 4 port USB, selain turut membawakan sokongan untuk mikro-SD – menggantikan penggunaan asal kad-SD.

Model B+ ini bakal mengekalkan harga jualan yang sama, disamping model lama juga turut akan ditawarkan oleh mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami