Aplikasi Quran+ Untuk iOS Ditawarkan Secara Percuma Bersempena Nuzul Quran

Aplikasi Quran+ Untuk iOS Ditawarkan Secara Percuma Bersempena Nuzul Quran

Diterbitkan pada July 14, 2014 oleh .

Terdapat pelbagai jenis aplikasi Quran di Apple AppStore, dan bersempena dengan dengan Hari Nuzul Quran ini, salah seorang pembangun yang berasal dari Indonesia dan kini menetap di Kuwait – Didats Triadi, menawarkan aplikasi beliau yang dinamakan sebagai Quran+ secara percuma kepada semua.

Quran+ iPhone

Aplikasi Quran+ ini memfokuskan kepada kemudahan untuk membaca, disamping turut hadir dengan rekabentuk antaramuka yang amat cantik dan kemas berbanding kebanyakkan aplikasi lain. Pengguna juga turut boleh menandakan ayat, disamping turut memudahkan pengguna untuk menghafal ayat al-Quran menggunakannya.

Aplikasi Quran+ ini turut hadir dengan sokongan terjemahan dalam bahasa Malaysia, disamping turut dilengkapi dengan sokongan carian terjemahan dan audio bacaan.

Bagi anda yang menggunakan peranti iOS, anda boleh memuat-turun aplikasi Quran+ ini secara percuma, dan menggunakannya dalam membaca dan memahami terjemahan al-Quran.

Muat-Turun Quran+ untuk iOS

Tips daripada Firdaus


TIPS & ULASAN