Lebih 3 Bilion Interaksi Berlaku Di Facebook Berkaitan Piala Dunia FIFA 2014

Lebih 3 Bilion Interaksi Berlaku Di Facebook Berkaitan Piala Dunia FIFA 2014

Diterbitkan pada July 14, 2014 oleh .

Sepanjang musim Piala Dunia FIFA 2014 pada sebulan yang lepas, boleh kata yang mana kita sering melihat interaksi berkaitan dengannya setiap kali membuka Facebook. Terkini, dengan tamatnya acara berkenaan, pihak Facebook telah pun mengeluarkan data rasmi berkaitan dengannya yang berlaku di laman sosial berkenaan.

Menurut Facebook, Piala Dunia FIFA 2014 merupakan acara yang membawakan komunikasi dan interaksi paling besar di Facebook sehingga kini. Seramai lebih 350 juta orang menyertai dan berbual mengenainya sepanjang 12 Jun hingga 13 Julai (waktu Amerika), dimana ia menghasilkan lebih 3 bilion interaksi.

Pada perlawanan akhir awal pagi tadi sahaja, ia disertai oleh lebih 88 juta orang pengguna, dan menghasilkan 280 juta interaksi antara pengguna Facebook – sekaligus menjadikan perlawanan akhir Jerman dan Argentina sebagai acara sukan yang paling banyak dibualkan.

Interaksi paling ramai hadir daripada lelaki berusia antara 18 tahun hingga 24 tahun – iaitu sekitar 22% daripada keseluruhan perbualan di Facebook.

Facebook - World Cup


TIPS & ULASAN