Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, kami telah berkongsi mengenai aplikasi Commandr yang mana menambah beberapa fungsi tambahan pada Google Now. Kini, selang seminggu, pembangunnya mengemaskini aplikasi berkenaan dengan beberapa kemudahan baru.

Commandr 2.0

Kini, pengguna tidak lagi memerlukan untuk menyebut “Note To Self” sebelum sebarang arahan, sebaliknya boleh menyebut sesuatu arahan terus, dan ia akan berfungsi serta merta. Disamping itu, beberapa arahan suara untuk kawalan di Commandr turut boleh berfungsi walaupun tiada sambungan internet – berbeza dengan sebelumnya.

Dengan pembangunnya yang aktif mengemaskini aplikasi mereka, tidak mustahil untuk kita melihat lebih banyak fungsi baru hadir pada aplikasi berkenaan dalam minggu-minggu akan datang.

Bagi pengguna Android yang ingin membuat kawalan suaran untuk beberapa perkara seperti mengawal Bluetooth, lampu suluh, dan sebagainya, mungkin boleh mencuba Commandr hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd